Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan
Perniagaan

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada paras 4.73 hingga 4.74 berbanding dolar AS minggu depan, dengan analisis teknikal mencadangkan AS/MYR berada dalam zon neutral, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Katanya, pemotongan kadar dasar sebanyak 25 mata asas kepada 1.50 peratus oleh Bank Negara Switzerland baru-baru ini telah mengukuhkan lagi dolar AS memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) tidak akan mengurangkan kadar itu dalam tempoh terdekat.

“Dalam agenda yang lebih besar, dolar AS benar-benar menonjol. Kenaikan kadar baru-baru ini oleh Bank of Japan juga gagal menaikkan yen Jepun kerana prospek untuk kadar yang lebih tinggi di Jepun masih tidak menentu,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata, dolar AS berada di titik terbaiknya.

\”Kadar dana Fed semasa, yang kini berada pada 5.50 peratus, sememangnya memberikan kelebihan kepada dolar AS berhubung dengan perbezaan kadar faedah,\” tambahnya.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit melemah kepada 4.7340/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7050/7095 yang dicatatkan sebelum ini.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1223/1258 daripada 3.1637/1669, melonjak berbanding pound British kepada 5.9582/9645 daripada 6.0003/0060 dan meningkat berbanding euro pada 5.1203/1257 daripada 5.324.

Ringgit juga diniagakan lebih baik berbanding mata wang Asean.

Ia menambah nilai kepada 13.0116/0318 berbanding baht Thailand daripada 13.1480/1661 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5106/5145 daripada 3.5183/5219.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.4 daripada 301.5/302.0 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.47/8.48. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...