Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Fed minggu ini
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Fed minggu ini

(FOTO HIASAN/ Livevartha)

KUALA LUMPUR, 18 September– Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) akhir minggu ini, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6800/6845 berbanding dolar AS daripada 4.6815/6845 pada penutup Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu ini kerana pasaran menantikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 19-20 September yang akan membuat keputusan mengenai hala tuju kadar faedah .

Menurut beliau, konsensus mengunjurkan kadar dana Persekutuan kekal pada 5.50 peratus pada mesyuarat ini.

\”Tetapi yang lebih penting, pasaran akan mencerna penilaian ahli FOMC dan unjuran makroekonomi kakitangan Rizab Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan dijangka kekal antara RM4.66 hingga RM4.68 setiap dolar AS.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi awal.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1675/1710 daripada 3.1670/1693 pada penutup Jumaat dan turun berbanding euro pada 4.9940/9988 daripada 4.9919/9951 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8032/8088 daripada 5.8196/8233 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit bergerak tinggi berbanding mata wang utama Asean.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4341/4377 daripada 3.4350/4374 dan tinggi sedikit berbanding peso Filipina pada 8.23/8.25 daripada 8.24/8.25 sebelumnya.

Ringgit turut menambah nilai berbanding rupiah Indonesia pada 304.7/305.2 daripada 304.8/305.2 tetapi menyusut berbanding baht Thai pada 13.0964/1145 daripada 13.0681/0812 sebelumnya. – Livevartha


(FOTO HIASAN)

 

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...