Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 14 November-Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyusut nilai.

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7040/7090 berbanding dolar AS daripada 4.7065/7105 pada penutup Jumaat lepas.

Pasaranditutup pada Isnin sebagaicuti penggantian perayaan Deepavali yang disambut pada Ahad.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatahasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut 1.0 mata asas kepada 4.64 peratus.

Untuk hari ini, beliau berkata tumpuan utama akan diberikan kepada data indeks harga pengguna (CPI) AS yang dijangka menyederhana kepada 3.3 peratus pada Oktober selepas kekal pada 3.7 peratus selama dua bulan berturut-turut.

“Isu utama di sini ialah bilakah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan melonggarkan pendirian sekatan mereka kerana inflasi dilihat semakin rendah.

\”Ketidakpastian seperti ini akan menyebabkan kadar peningkatan ringgit menjadi tidak sekata selepas pasaran pekerjaan AS yang lemah pada minggu pertama November. Oleh itu, kami menjangkakan MYR/USD akan kekal dalam julat yang sempit hari ini, mungkin sekitar RM4.70,\” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1002/1037 daripada 3.1072/1101 pada penutupan dagangan Jumaat lepas tetapi susut berbanding euro kepada 5.0328/0382 daripada 5.0232/0275 dan lemah berbanding pound Britain kepada5.7732/7794 daripada 5.7480/7529 sebelumnya.

Namun begitu, mata tempatan lebih kukuh berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42, menambah berbanding rupiah Indonesia pada299.5/300.0 daripada 299.8/300.2 dan tinggi berbanding baht Thai kepada 13.0609/0824 daripada 13.1108/1267 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada3.4604/4643 daripada 3.4599/4631 pada Jumaat minggu lepas. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...