Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi RM4.70 berbanding dolar AS menjelang keputusan kadar faedah Fed
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi RM4.70 berbanding dolar AS menjelang keputusan kadar faedah Fed

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pada Rabu susulan peserta pasaran kekal menentu mengenai impak jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan kadar faedah ke atas dolar.

Fed akan membincangkan dasar monetarinya dan membuat keputusan mengenai kadar faedah lewat hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang pertama bagi 2024.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7250/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7255/7290 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata Fed dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan keputusan itu boleh memberi sokongan kepada ringgit dalam beberapa hari akan datang.

“Pasaran tidak pasti mengenai impak jangkaan keputusan kadar faedah terhadap dolar AS, ramai pelabur memilih untuk melindungi pegangan mereka menjelang acara penting.

“Dari sudut teknikal, jika ringgit berjaya melepasi 4.7200, ia boleh meningkat setinggi 4.6550 dalam beberapa hari,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2032/2054 daripada 3.2061/2087 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9970/6.0008 daripada 5.9924/9968.

Mata wang tempatan juga susut berbanding euro kepada 5.1224/1256 daripada 5.1163/1201.

Pada masa sama, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5277/5302 daripada 3.5273/5304 semalam dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.3614/3760 daripada 13.3572/3727.

Walau bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina masing-masing pada 299.4/299.7 dan 8.37/8.38 daripada penutupan Selasa. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...