Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi, nilai dolar AS lemah
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi, nilai dolar AS lemah

Ringgit dibuka tinggi, nilai dolar AS lemah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November – Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Selasa selepas nilai dolar AS merosot sementara hasil Perbendaharaan negara itu juga lebih rendah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6700/6755 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun masing-masing turun sebanyak 6.0 mata asas (bps) dan 8.0 mata asas untuk ditutup pada 4.89 peratus dan 4.39 peratus.

Begitu juga, Indeks Dolar AS (DXY) yang turun 0.19 peratus kepada 103.211 mata.

“Sementara itu, lelongan untuk nota dua tahun dan lima tahun telah mendapat sambutan baik daripada pelabur dan ini menunjukkan prospek positif untuk pasaran pendapatan tetap,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit berbanding dolar AS dijangka disokong baik dan diunjur berlegar pada paras RM4.67 hingga RM4.68 hari ini.

Dalam sesi dagangan awal, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.1169/1229 daripada 5.1220/1269 pada penutupan dagangan Isnin tetapi rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1516/1555 daripada 3.1334/1366 semalam dan merosot berbanding pound Britain menjadi 5.9005/9075 daripada 5.8963/9020.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak tinggi kecuali dengan baht Thai, menyaksikan nilai ringgit lemah kepada 13.3631/3842 daripada 13.3181/3381 sebelum ini.

Ringgit mengukuh nilai berbanding dolar Singapura pada 3.4958/5001 daripada 3.4961/5000 semalam, lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.9 daripada 301.9/302.3 dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.42/8.44 daripada 8.43/8.45. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...