Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Mac– Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan perkembangan positif dalam data Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 9.00 pagi, ringgit susut kepada 4.6980/7035 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 pada Khamis.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS kekal kukuh berbanding ringgit berikutan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan data Tuntutan Pengangguran Awal yang lebih rendah daripada unjuran menjadi antara faktor yang menyokong mata wang AS itu.

IHPR keseluruhan dan IHPR teras, masing-masing meningkat 0.6 peratus dan 0.3 peratus bulan ke bulan padaFebruari, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 0.3 peratus dan 0.2 peratus.

Sementara itu, Tuntutan Pengangguran Awal merosot kepada 209,000 pada minggu lepas daripada 210,000 pada minggu sebelumnya manakala anggaran konsensus sebanyak 218,000.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jualan runcit turut meningkat kepada 0.6 peratus pada Februari daripada -1.1 peratus pada bulan sebelumnya.

“Secara keseluruhannya, data yang masuk menekankan ekonomi AS yang berdaya tahan walaupun perlu berdepan dengan pendirian dasar monetari yang mengehadkan manakala risiko inflasi masih cenderung kepada meningkat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan penting berikutan pasaran ingin melihat unjuran Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terkini mengenai Kadar Dana Fed.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada3.1645/1684 daripada 3.1691/1721 pada Khamis, naik berbanding pound kepada 5.9834/5.9904 daripada 6.0021/0072 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 5.1105/1165 daripada 5.1243/1287 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada13.1178/1383 daripada 13.1470/1641 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5133/5180 daripada3.5160/5193 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding peso Filipina kepada8.47/8.49 daripada 8.45/8.46 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada301.4/302.0 daripada 300.5/301.0 pada Khamis.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...