Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, susulan data ekonomi AS lemah
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, susulan data ekonomi AS lemah

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, susulan data ekonomi AS lemah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Disember– Ringgit kekal mencatatkan aliran tinggi apabila meningkat berbanding dolarAmerika Syarikat (AS) semasa sesi awal dagangan pada Jumaat, berikutan data ekonomi AS yanglemah, kata pakar ekonomi.

Pada pukul 9.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6300/6380 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6565 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata anggaran terakhir bagiKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2023 AS sebenar adalahpada 4.9 peratus, lebih rendah berbanding tinjauan konsensus pada 5.2 peratus.

Beliau berkata susulan itu, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.62 peratus kepada 101.775 mata.

Pandangan peserta pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan memulakan penurunan kadar faedah tahun depan masih mempunyai beberapa asas, katanya.

“Justeru,ringgit bersedia untuk meningkat dan mungkin bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.5778 dalam jangka masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapamata wang utama.

Mata wang tempatan meningkatberbanding pound Britain kepada 5.8750/8852 daripada 5.8766/8816 ketika ditutup pada Khamis namun, turunberbanding euro kepada 5.0949/1037 daripada 5.0922/0965.

Unit domestik susutberbanding yen Jepun kepada 3.2553/2614 daripada 3.2519/2549 semalam.

Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang negaraAsean.

Ringgit lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.4904/4967 daripada 3.4973/5006 ketika ditutup semalam namun, rendahberbanding baht Thailand kepada 13.3607/3903 daripada 13.3443/3631.

Mata wang domestik naikberbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.8 daripada 299.6/300.0 dan tinggiberbanding peso Filipina kepada 8.36/8.39 daripada 8.37/8.38.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...