Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 September- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, mencerminkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3325/3405 berbanding dolar AS daripada 4.3360/3400 pada Khamis.

BNM mengekalkan kadar faedah berikutan pendirian dasar monetari semasa terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian bank pusat berhubung prospek inflasi dan pertumbuhan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus lemah, merosot kepada 101.070 mata berikutan jangkaan penurunan kadar AS yang ketara meningkat.

“Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP mencatatkan angka jauh di bawah jangkaan, merekodkan 99,000 pekerjaan pada Ogos berbanding anggaran konsensus sebanyak 144,000 dan 111,000 pada bulan sebelumnya.

“Ini mengukuhkan hujah untuk penurunan kadar faedah yang lebih besar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) pada malam ini akan dipantau dengan jangkaan sebanyak 164,000 pekerjaan pada Ogos berbanding 114,000 sebelum ini dan kadar pengangguran dijangka turun kepada 4.2 peratus daripada 4.3 peratus.

“Jika dicapai, ini akan menunjukkan trend pasaran buruh yang positif pada Ogos,” katanya.

Mohd Afzanizam berpendapat ringgit dijangka diniagakan mendatar berikutan peserta pasaran terus berhati-hati menjelang data NFP dikeluarkan.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.8138/8227 daripada 4.8099/8144 pada Khamis, susut berbanding pound kepada 5.7081/7186 daripada 5.7049/7101 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.0213/3.0273 daripada 3.0189/0219.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/281.9 daripada 281.5/281.9 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.71/7.72.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3332/3396 daripada 3.3303/3336 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8878/9197 daripada 12.8772/8940.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...