Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS menjelang pengumuman KDNK
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS menjelang pengumuman KDNK

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS menjelang pengumuman KDNK

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Februari– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2023 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7800/7850 berbanding dolar AS daripada 4.7845/7885 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata KDNK suku keempat 2023 Malaysia dijangka mencecah 3.4 peratus berasaskan tahunan.

“Pelabur mencari lebih banyak petunjuk mengenai cara BNM menilai ekonomi bagi 2024 dan pendekatan untuk perkara itu diterjemahkan kepada dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit terus kekal dalam keadaan terlebih jual dan berlegar di sekitar paras rintangan serta-merta 4.79 berbanding dolar AS.

“Mungkin ringgit mengalami tidak banyak perubahan hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1812/1847 daripada 3.1757/1786 ketika ditutup pada Rabu dan susut berbanding pound Britain kepada 6.0089/0152 daripada 5.9983/6.0033.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 5.1309/1362 daripada 5.1185/1227.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2483/2677 daripada 13.2366/2535 ketika ditutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5465/5505 daripada 3.5441/5473.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.52/8.54 dan juga hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 306.3/306.8 daripada 306.5/307.0.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...