Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 September- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap unit tempatan itu.

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.6855/6905 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6890/6940 pada Khamis.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu berada dalam kedudukan terlebih jual dari segi teknikal, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan.

“Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada trend sebegitu dapat dikekalkan memandangkan pendirian cenderung menaikkan kadar oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya kepada Bernama.

Mengenai perkembangan lain, beliau berkata data Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) dijangka diumumkan hari ini, dengan konsensus mengunjurkan kadar inflasi boleh dikekalkan pada 2.0 peratus pada Ogos selepas mereda kepada 2.0 peratus pada Julai.

\”Sekiranya menjadi kenyataan, ia akan memperkukuh status quo dalam kadar dasar semalaman pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akhir tahun pada November,\” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9924/9977 daripada 4.9947/5.000 pada sesi penutup dagangan pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 5.7543/7604 daripada 5.7632/7694 semalam, susut berbanding yen Jepun kepada 3.1736/1772 daripada 3.1650/1686 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9473/9686 daripada 12.9695/9880 pada Khamis dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 304.6/305.2 daripada 304.9/305.4 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.4271/4310.- Livevartha


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...