Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP

Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari.

Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama pendapat umum rata-rata mengunjurkan kadar inflasi Malaysia kekal pada 1.5 peratus pada Februari.

Minggu lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran kadar inflasinya kepada 2.0-3.5 peratus pada 2024, daripada unjuran sebelumnya pada 2.1-3.6 peratus.

Meskipun semakan semula itu, Mohd Afzanizam berkata inflasi masih kekal tinggi, memberikan lebih banyak sebab untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00 peratus.

Beliau berkata berdasarkan anjakan semula Fibonacci, paras sokongan dan rintangan semasa ringgit masing-masing dijangka berada pada RM4.7341 dan RM4.47481.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.1195/1239 daripada 5.1203/1257 pada paras penutup Jumaat minggu lepas tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9692/9743 daripada 5.9582/9645 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1332/1361 daripada 3.1223/1258.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain, kecuali peso Filipina apabila ia meningkat kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42 pada.

Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0336/0503 daripada 13.0116/0318 sebelumnya, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 299.8/300.4 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5109/5141 daripada 3.5106/5145. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...