Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini berikutan kekurangan permintaan selepas Indeks Dolar AS (DXY) terus mengukuh.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.6645/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6600 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 103.712 mata malam tadi daripada 103.268 mata pada Jumaat minggu lepas kerana pasaran kelihatan terlalu yakin terhadap potensi pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan AS tahun depan.

Beliau berkata aset berisiko seperti ekuiti juga lebih rendah dengan S&P500 jatuh 0.54 peratus untuk ditutup pada 4,569.78 mata.

Nota Perbendaharaan AS bertempoh matang dua dan 10 tahun ditutup lebih tinggi — iaitu masing-masing 10 mata asas kepada 4.64 peratus dan 6.0 mata asas kepada 4.25 peratus.

“Oleh itu, gandingan dolar-ringgit mungkin berlegar ke arah RM4.66 hari ini. Paras rintangan serta-merta adalah pada RM4.6611,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat nilai berbanding euro kepada 5.0573/0632 daripada 5.0623/0677 pada penutup Isnin dan lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.8969/9038 berbanding 5.8997/9061 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1718/1758 daripada 3.1751/1787 semalam.

Sementara itu, ringgit mempamerkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Nilai mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4883/4926 daripada 3.4882/4925 pada Isnin, mengukuh berbanding baht Thailand untuk mencatatkan paras 13.2499/2727 daripada 13.3183/3368 sebelumnya, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.6/302.1 daripada 300.9/301.5 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.41/8.42. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...