Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah RM4.78 berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah RM4.78 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Nilai ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi terkini negara itu menguatkan lagi jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama.

Jualan rumah baharu di AS meningkat 12.3 peratus bulan ke bulan kepada 759,000 unit pada September, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 680,000 unit. Ia adalah paras tertinggi sejak Februari 2022.

Pada 9 pagi, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan data ekonomi AS terkini yang begitu positif, penanda aras bon Perbendaharaan AS meneruskan pergerakan ke arah paras 5.0 peratus.

“Justeru, ringgit dijangka lemah dalam julat RM4.78 hari ini kerana sentimen pasaran masih terkawal dan lebih memihak kepada prospek dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pemain pasaran turut menantikan anggaran awal keluaran dalam negara kasar suku ketiga AS lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya sebelum mesyuaratnya pada akhir bulan ini.

Pada sesi awal dagangan, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7851/7905 daripada 5.7905/7965 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1890 daripada 3.1866/1902 semalam.

Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0525/0572 daripada 5.0494/0547 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4858/4896 daripada 3.4871/4910 dan mengukuh berbanding baht Thai pada 13.1637/1804 daripada 13.1960/2153 sebelumnya.

Namun begitu, mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.9 daripada 301.0/301.5 dan turun berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelumnya. – Livevartha

ARTIKEL BERKAITAN:

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah pada RM4.74 berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah RM4.76 berbanding dolar AS

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...