Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah RM4.76 berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah RM4.76 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat 10 tahun melonjak kepada 4.91 peratus — tertinggi sejak 2007, sekali gus menunjukkan bahawa premium inflasi sedang meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7615/7650 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7445/7485.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan utama dalam pasaran kini ialah konflik Palestine-Israel.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain kecuali pound Britain, menyaksikan ia mengukuh kepada 5.7809/7852 daripada 5.7869/7917 pada penutupan urus niaga Rabu.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0181/0218 daripada 5.0140/0182 dan rendah berbanding yen pada 3.1794/1820 daripada 3.1685/1714 semalam (Rabu).

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah.

Nilai mata wang tempatan susut berbanding baht Thai kepada 13.0757/0907 daripada 13.0738/0914 dan lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.5/302.0 daripada 301.2/301.5 sebelumnya.

Ia turut merosot berbanding dolar Singapura pada 3.4669/469 daripada 3.4649/4681 tetapi nilai ringgit meningkat berbanding peso Filipina pada 8.36/8.39 daripada 8.37/8.38 semalam. – Livevartha

ARTIKEL BERKAITAN:
Ringgit dibuka rendah pada RM4.74 berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah, permintaan beralih kepada dolar AS
Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar
Ringgit dibuka rendah pagi ini, permintaan untuk dolar AS mengukuh
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS, sentimen pasaran bercampur-campur

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...