Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah, indeks dolar mengukuh
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah, indeks dolar mengukuh

Ringgit dibuka rendah, indeks dolar mengukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.1 peratus kepada 104.153 mata.

Jangkaan para pelabur mengenai pengurangan kadar yang lebih awal oleh Bank Pusat Eropah turut membantu menyokong dolar AS.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada paras 4.6705/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6665/6700 penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bon terus meningkat berikutan situasi petunjuk pasaran buruh yang semakin lemah.

Menurutnya, pengurus dana dilihat yakin dengan pasaran bon dengan jangkaan pertumbuhan global yang lebih lemah pada 2024, justeru, mengalihkan wang mereka kepada bon ekonomi utama.

“Oleh itu, memandangkan Indeks Dolar AS terus kekal positif, ringgit dijangka berlegar antara RM4.66 hingga RM4.68 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.0301/0350 daripada 5.0356/0394 pada penutupan Rabu, lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.8666/8723 daripada 5.8793/8837 tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1672/1700 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.44/8.45 pada hari Rabu dan lebih tinggi berbanding baht Thai pada 13.2700/2903 daripada 13.2714/2908.

Nilai mata wang tempatan itu bagaimanapun tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 301.4/301.8 daripada 301.1/301.5 dan lemah sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.4810/4849 daripada 3.4801/4830 semalam.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...