Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan kekurangan pemangkin
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan kekurangan pemangkin

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan kekurangan pemangkin

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US kerana pelabur kekal di luar pasaran berikutan kekurangan pemangkin.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.7200/7250 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7210/7250 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS kekal di atas 105 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung malam ini.

“Selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS dikeluarkan mata wang AS kekal di kedudukan hadapan kerana Rizab Persekutuan (Fed) dilihat mengekalkan pendirian dasar monetorinya yang ketat berbanding di Eropah.

\”Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal didagangkan dalam dalam julat sempit kerana peserta pasaran menunggu keputusan FOMC esok (12 Jun),\” katanya kepada Bernama

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0025/0059 daripada 3.0089/0117 pada penutupan Isnin, merosot berbanding pound Britain kepada 6.0071/6.0135 daripada 5.9943/9993 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0801/0855 daipada 5.0722/0765.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit merosot berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4878/4917 berbanding 3.4875/4907 sebelumnya.

Ia juga jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/290.3 daripada 289.9/290.3 sebelumnya dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.8299/8481 daripada 12.8211/8372 ketika ditutup pada Isnin.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...