Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Januari– Ringgit dibuka rendah berikutan urus niaga berhati-hati oleh peniaga menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 30-31 Januari.

Pada pukul 9.10 pagi, ringgit susut kepada 4.7320/7360 berbanding dolar AS daripada 4.7275/7325 pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan pasaran pada Isnin dijangka rendah berikutan pelabur menunggu keputusan daripada mesyuarat FOMC.

“Mesyuarat ini akan memberikan pandangan mengenai penilaian Rizab Persekutuan berhubung keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi yang pesat dan inflasi yang sederhana, faktor penting dalam menentukan hala tuju dasar monetari.

“Dolar AS dijangka terus mencatatkan aliran meningkat walaupun dengan momentum yang perlahan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 6.0111/0161 daripada 6.0120/0183 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1938/1968 daripada 3.1988/2024 pada Jumaat lepas.

Ia merosot berbanding euro kepada 5.1328/1371 daripada 5.1279/1333 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5274/5306 daripada 3.5267/5307, rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2884/3056 daripada 13.2679/2879 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.3 daripada 298.7/299.1 minggu lepas.

Ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.39/8.41 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...