Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan FOMC malam ini
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan FOMC malam ini

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan FOMC malam ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 November – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat malam ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7675/7720 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7615/7655.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga kini menantikan keputusan FOMC dengan mereka menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan.

“Jangkaan tiada kenaikan kadar boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi, trend inflasi, angka pekerjaan dan panduan ke hadapan bank pusat AS. Jika bank pusat percaya ekonomi tidak terlalu panas dan inflasi terkawal, ia mungkin memilih untuk mengekalkan kadar faedah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Selain itu, pasaran kewangan turut memantau rapat mesyuarat dan pengumuman bank pusat AS yang memberi isyarat atau hala tuju kadar faedah, kerana keputusan ini boleh mempunyai implikasi yang ketara untuk pelbagai aset kewangan termasuk bon, saham dan mata wang,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ringgit akan kekal stabil pada kira-kira RM4.76 berbanding dolar AS selepas menghampiri RM4.80 pada pertengahan Oktober.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1496/1530 daripada 3.1588/1616, meningkat berbanding euro pada 5.0397/0445 daripada 5.0729/0772 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7858/7913 daripada 5.8014/8063.

Mata tempatan bagaimanapun bergerak bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4794/4830 daripada 3.4867/4902 dan tinggi berbanding baht Thai pada 13.1626/1805 daripada 13.2371/2544.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.39/8.40 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 300.1/300.5 daripada 299.7/300.1 semalam.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...