Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS berikutan kekurangan pemangkin
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS berikutan kekurangan pemangkin

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS berikutan kekurangan pemangkin

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7775/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7795 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tidak banyak pemangkin untuk ringgit menokok walaupun petunjuk teknikal memperlihatkan mata wang tempatan itu telah berada dalam zon terlebih jual.

\”Pandangan umum mengenai pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang terbatas akan terus menjadi tonggak utama bagi kekukuhan dolar untuk suatu tempoh,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS dilihat reda seketika selepas mencapai kemuncaknya pada 104.960 mata pada 13 Februari dan kini bergerak pada sekitar 103.827.

Mohd Afzanizam berkata pasaran akan memberikan perhatian terperinci terhadap inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS akan datang yang akan dikeluarkan pada 29 Februari.

“Selain itu, negara utama lain agak berhati-hati dari segi pendirian dasar monetari.

“Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan pada sekitar RM4.77 hari ini,” katanya

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1729/1751 daripada 3.1696/1728 semasa ditutup pada Isnin, berkurangan berbanding pound Britain kepada 6.0574/0612 daripada 6.0552/0609 semalam dan menyusut berbanding euro kepada 5.1822/1854 daripada 5.1756/1805 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3074/3217 berbanding 13.3190/3375 semalam.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5542/5567 daripada 3.5523/5559 semasa ditutup pada Isnin, susut berbanding peso Filipina kepada 8.52/8.53 daripada 8.51/8.52 semalam, dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 305.6/ 306.0 daripada 305.4/305.9 sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...