Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula selepas penurunan dolar AS baru-baru ini.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7070/7110 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY melepasi paras 105 mata apabila para peniaga kurang keyakinan terhadap mata wang euro berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya Perancis.

“Justeru, Dolar AS/Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peralihan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi mungkin akan lebih ketara pada separuh kedua 2024 apabila data-data yang akan diumumkan kelak dijangka lebih lemah di tengah-tengah aliran disinflasi ketika ini.

\”Oleh itu, prospek positif ringgit pada separuh kedua tahun ini dijangka terus kekal,” katanya.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9982/3.0015 daripada paras penutup 2.9945/9972 pada Khamis tetapi naik berbanding euro kepada 5.0610/0663 daripada 5.0840/0884 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0104/0167 daripada 6.0160/0211.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 289.6/290.1 daripada paras penutup 289.2/289.6 pada Khamis dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4880/4919 daripada 3.4887/4920 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8185/8370 daripada 12.8386/8540. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...