Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dijangka meningkatkan mata wang AS itu.

Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan NFP pada Mei menunjukkan sebanyak 272,000 pekerjaan baharu pada bulan tersebut, mengatasi unjuran konsensus sebanyak 182,000.

Beliau berkata purata pendapatan mingguan AS juga tinggi kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Mei daripada 4.0 peratus sebelum ini, memberikan gambaran bahawa pertumbuhan gaji masih berdaya tahan.

“Sehubungan itu, ringgit akan kekal rendah berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun, terutamanya pembolehubah makroekonomi terkini mereka,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata walaupun NFP dilihat kukuh, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) merosot kepada 62.5 peratus pada Mei selepas kekal pada 62.7 peratus selama dua bulan berturut-turut, menunjukkan pasaran buruh AS tidak begitu teguh berikutan orang ramai memilih untuk keluar daripada pasaran buruh.

Justeru, penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan AS mengenai keadaan pasaran buruh adalah penting kerana ini akan mewajarkan keputusannya untuk mengekalkan atau melonggarkan dasar monetari yang ketat yang sedang dilaksanakan.

“Peralihan ke arah kecenderungan melonggarkan dasar akan menaikkan ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0066/0100 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.9994/6.0057 daripada 6.0009/0060 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 5.0814/0867 daripada 5.1079/1122 minggu lepas.

Ia turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7743/7944 daripada 12.8465/8627 pada Jumaat lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4861/4901 daripada 3.4872/4905 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.01/8.02 minggu lepas dan susut kepada 291.1/291.5 berbanding rupiah Indonesia daripada 289.5/289.9 pada Jumaat lepas.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...