Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen
Perniagaan

Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen

Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Ringgit mencatat peningkatan kecil pada awal urus niaga Selasa selepas kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) terbantut susulan jangkaan bank pusat negara maju itu menurunkan kadar faedah berikutan prospek data inflasi AS yang mereda.

Pada pukul 9.00 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6495/6535.

Data Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS bagi Disember yang dijangka diumumkan minggu ini, akan memberipetunjuk lanjut mengenai pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi tahun ini, kata peniaga.

Menurutnya, sebarang penurunan dalam angka inflasi berkemungkinan menyaksikan bank pusat AS itu mengurangkan lagi kadar faedah itu dalam bulan-bulan akan datang.

Di peringkat tempatan, ringgit kekal kurang memberangsangkan berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.9221/9272 daripada 5.9025/9076 pada Isnin, turun berbanding euro kepada 5.0864/0908 daripada 5.0852/0895 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2261/2291 daripada 3.2234/2264 sebelum ini.

Selain itu, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Unit tempatan itu menokok berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.35/8.36 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.4 daripada 299.4/299.8.

Bagaimanapun ringgit menyusutberbanding baht Thailand kepada 13.3056/3228 daripada 13.2661/2870 dan turunberbanding dolar Singapura pada 3.4954/4987 daripada paras 3.4940/4973,semalam. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...