Home Perniagaan Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Jun– Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu, didorong oleh jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus akibat peningkatan inflasi pada Mei 2024.

Peniaga berkata perkembangan itu berlaku ketika bank-bank pusat di serata dunia telah mula bertindak menurunkan kadar faedah masing-masing.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.7065/7095 berbanding dolar AS daripada paras 4.7035/7070, sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0 peratus pada Mei lepas yang boleh mendorong BNM mengekalkan OPR semasa dalam usaha menguruskan inflasi.

“Dalam pada itu, realiti ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) pula terbukti susulan pengumuman data ekonomi seperti Indeks Keyakinan Pengguna AS yang susut kepada 100.4 mata pada Jun daripada 101.3 mata pada Mei, 2024.

“Indeks Jangkaan juga turun kepada 73 mata pada Jun daripada 74.9 mata iaitu kekal di bawah nilai ambang 80 mata selama lima bulan berturut-turut yang lazimnya menunjukkan kemelesetan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan berterusan antara pasaran dan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka berterusan dengan pasaran menjangkakan kadar Fed berkemungkinan turun kepada 2.25 peratus menjelang suku pertama tahun depan.

\”Berdasarkan skor itu, paras ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal sekitar RM4.71 dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9465/9486 daripada 2.9513/9537 pada akhir urus niaga Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 5.0411/0443 daripada 5.0440/0478, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.9697/9735 daripada 5.9687/9732.

Selain itu, ringgit turut mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara anggota ASEAN lain.

Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7995/8115 daripada 12.8294/8431 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4739/4764 daripada 3.4763/4792.

Ringgit bagaimanapun turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.3/287.7 daripada 287.1/287.5 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01, sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...