Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit berpotensi untuk terus meningkat – Lim Hui Ying
Perniagaan

Ringgit berpotensi untuk terus meningkat – Lim Hui Ying

Ringgit berpotensi untuk terus meningkat – Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying/Livevartha

BANDA HILIR, 6 Ogos– Ringgit mempunyai potensi untuk terus meningkat pada masa akan datang.

Peluang itu termasuk prospek pulangan pelaburan disebabkan jangkaan Bank Negara Malaysia yang akan terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ditambah pula, Fed di Amerika Syarikat dijangka akan mengurangkan kadar faedah bermula seawal September nanti.

\”Selain itu, kenaikan ringgit ketika ini juga menunjukkan bahawa ringgit yang dianggap terkurang nilai (undervalued) bagi tempoh yang agak lama, mula menunjukkan minat belian dalam kalangan pelabur.\”

\”Keadaan terkurang nilai ini turut menandakan bahawa, ringgit mempunyai potensi untuk meningkat lagi pada masa akan datang,\” kata Hui Ying dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (NAPSAC) kali ke-31, di sini.

Persidangan mengangkat tema \’Memacu Perakaunan Awam untuk Masa Hadapan yang Mampan\’ itu disertai hampir 600 akauntan sektor awam.

Keyakinan itu juga didorong oleh nilai kenaikan ringgit harian terbesar dalam tempoh sembilan tahun dan cecah paras tertinggi sejak April 2023 yang disokong oleh jangkaan kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...