Home Perniagaan Revolusi grid tenaga ASEAN, TNB bentuk hubungan strategik dengan utiliti China
Perniagaan

Revolusi grid tenaga ASEAN, TNB bentuk hubungan strategik dengan utiliti China

Revolusi grid tenaga ASEAN, TNB bentuk hubungan strategik dengan utiliti China

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Januari – Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengorak kerjasama dengan utiliti tenaga milik kerajaan China untuk merevolusikan Grid Tenaga Asean (APG) melalui teknologi terkini Arus Terus Voltan Tinggi (HVDC).

TNB memaklumkan, langkah strategik itu mencerminkan komitmen TNB sebagai pemimpin tenaga serantau dalam mengembangkan solusi tenaga lestari.

Perkara itu diumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Baharin Din ketika taklimat kepada para penganalisis baru-baru ini.

Beliau turut menekankan kepentingan teknologi HVDC dalam kalangan negara Asean demi kelicinan perdagangan tenaga, perkongsian sumber dan integrasi tenaga boleh baharu (TBB).

“Kesalinghubungan menggunakan teknologi HVDC akan memberikan manfaat kepada perdagangan tenaga, perkongsian sumber dan integrasi TBB dalam kalangan kejiranan negara Asean. Maka, TNB sedang dalam pertimbangan untuk bekerjasama dengan utiliti tenaga milik kerajaan China.

“Potensi kerjasama dalam projek HVDC ini dirangka secara strategik untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman China dalam pembangunan projek HVDC yang kompleks di republik itu dan global,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Baharin, komitmen itu menjadi penanda aras pertumbuhan serta bukti dedikasi TNB dalam meluaskan sempadan kelestarian dan inovasi teknologi.

Jelasnya, sebagai pendukung utama APG, pihaknya memperakui peranan penting kesalinghubungan serantau dalam langkah komprehensifnya melaksanakan Peralihan Tenaga (ET) yang bertanggungjawab.

\”TNB telah menandatangani lima memorandum persefahaman dengan negara-negara jiran, menumpukan kepada aspek kesalinghubungan dan penjanaan TBB,\” katanya.

Selain itu, Baharin menegaskan peningkatan permintaan tenaga dari pusat data bersama dengan inisiatif Grid Masa Depan (GoTF) menjadi pendorong utama revolusi APG.

Katanya, Malaysia telah menjadi fokus utama pelaburan pusat data di rantau ini, yang diperkukuh oleh dasar TBB yang semakin menguntungkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

China kini memiliki pautan HVDC terpanjang di dunia, merentasi 1,100 kilovolt (kV) dengan jarak 3,300 kilometer dengan kapasiti kuasa sebanyak 12 gigawatt (GW).

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...