Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Rasionalisasi subsidi diesel: KUSKOP sedia dengar respons pihak industri
Perniagaan

Rasionalisasi subsidi diesel: KUSKOP sedia dengar respons pihak industri

Rasionalisasi subsidi diesel: KUSKOP sedia dengar respons pihak industri

Datuk Ewon Benedick (tiga kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PENGILANG ke-31

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia untuk mendengar maklum balas pihak industri berhubung rasionalisasi subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya akan memantau perkembangan itu secara rapi dan membawa isu tersebut ke peringkat Kabinet.

\”Saya ingin melihat secara bertulis apa yang telah dibincangkan sepanjang mesyuarat agung ini, isu-isu dan cabaran supaya saya boleh angkat ke peringkat mesyuarat atau Kabinet,\”katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG), Datuk Azman Yusoff berharap kerajaan mempertimbangkan penambahan bantuan subisidi diesel kepada usahawan PMKS.

Pertimbangan itu bagi mengurangkan beban terutamanya dari segi logistik kepada industri perniagaan.

\”Kebanyakan usahawan PMKS merupakan pengilang-pengilang kecil yang menggunakan kenderaan sendiri ada premis tapi bukan didaftarkan bawah premis, mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk menambahkan lagi bantuan subsidi diesel,\”katanya.

Mereka ditemui media semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PENGILANG ke-31 di ibu negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...