Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Rangsangan hartanah perumahan, tawar kehidupan berkualiti kepada rakyat – Penganalisis
Perniagaan

Rangsangan hartanah perumahan, tawar kehidupan berkualiti kepada rakyat – Penganalisis

Rangsangan hartanah perumahan, tawar kehidupan berkualiti kepada rakyat – Penganalisis

Rangsangan menerusi sektor hartanah perumahan, membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualit / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR. 15 Ogos – Kerangka Ekonomi Madani cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.

Rangsangan menerusi sektor hartanah perumahan, membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualit.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan komitmen kerajaan dalam menyediakan Skim Pembiayaan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan dijangka terus menyokong pembelian hartanah.

\”Usaha untuk mewujudkan kemudahan perumahan dan pembelian rumah adalah satu strategi menaikkan tahap lantai bagi membawa kumpulan B40 dan yang memerlukan untuk mencapai tahap kesempurnaan hidup bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM.

Dalam pada itu, Pensyarah Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff turut berpandangan selain Jaminan Kredit Perumahan yang dilaksanakan, inisiatif lain perlu dilakukan termasuk pemudah cara berkaitan prosedur kelulusan supaya ia dapat diperluas bagi pemyediaan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa.

\”Saya melihat sekurang-kurangnya kalau boleh untuk tempoh yang akan datang ini termasuk di dalam belanjawan 2025, kerajaan akan menumpukan kepada pelbagai alternatif pemilikan rumah melalui pembiayaan secara konsep sewaan,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...