Home Perniagaan Rancang perbelanjaan, elak pembaziran di bulan Ramadan
Perniagaan

Rancang perbelanjaan, elak pembaziran di bulan Ramadan

Rancang perbelanjaan, elak pembaziran di bulan Ramadan

Rancang perbelanjaan sebaiknya terutama di bulan Ramadan bagi mengelakkan pembaziran atau berbelanja lebih daripada kemampuan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Rancang perbelanjaan sebaiknya terutama di bulan Ramadan bagi mengelakkan pembaziran atau berbelanja lebih daripada kemampuan.

Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Anwar Allah Pitchay menasihatkan pengguna untuk mengutamakan keperluan selain membuat perbandingan harga sebelum melakukan pembelian.

Beliau berkata, Program Jualan Rahmah Ramadan di 450 lokasi antara inisiatif yang boleh dimanfaatkan khususnya bagi golongan B40.

\”Pengguna perlu bijak untuk berbelanja, untuk melihat berapa banyak duit yang mereka ada, memastikan mereka tidak boros dalam perbelanjaan mereka dan mereka perlu memikirkan bagaimana mereka perlu berhadapan jika berlaku ketidakstabilan daripada sudut pendapatan di masa akan datang.

\”Jadi jadikan bulan ramadan ni satu bulan yang mana kita dapat memastikan perbelanjaan kita ini dapat dikawal,\” katanya.

Tambah Anwar, perbelanjaan yang terkawal, secara tidak langsung memberi lebihan tunai kepada pengguna dan boleh digunakan untuk persediaan Syawal.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...