Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0 hingga 3.5 peratus
Perniagaan

Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0 hingga 3.5 peratus

Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0 hingga 3.5 peratus

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Julai– Public Investment Bank Bhd mengunjurkan inflasi keseluruhan pada purata 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024.

Manakala inflasi teras dalam julat 2.0 hingga 3.0 peratus bagi tahun ke tahun.

Risiko kenaikan inflasi pula bergantung kepada tahap limpahan daripada langkah dasar domestik berkaitan subsidi, kawalan harga serta faktor turun naik harga komoditi global dan dinamik pasaran kewangan.

Inflasi keseluruhan Malaysia kekal stabil pada 2.0 peratus tahun ke tahun pada Jun, lebih rendah daripada anggaran ramai sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) pula menjangkakan inflasi meningkat pada separuh kedua 2024.

Ia susulan pelarasan subsidi bahan api diesel dengan risiko kenaikan seterusnya bergantung kepada keputusan membabitkan penyasaran subsidi bahan api RON95.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...