Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Purata gaji dan upah meningkat 5.8 peratus – DOSM
Perniagaan

Purata gaji dan upah meningkat 5.8 peratus – DOSM

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 28 September – Gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia secara puratanya telah meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM3,212 berbanding RM3,037 pada 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata langkah kerajaan menaikkan paras gaji minimum kepada RM1,500 telah meningkatkan paras gaji dan upah secara keseluruhannya.

(Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin / FOTO FAIL)

\”Penengah gaji dan upah bulanan juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 7.7 peratus kepada RM2,424 berbanding RM2,250 pada 2021.

\”Keadaan ini juga menunjukkan separuh atau 50 peratus daripada pekerja warganegara sepenuh masa di negara ini menerima gaji dan upah di bawah RM2,424,\” katanya dalam satu kenyataan Statistik Gaji & Upah, Malaysia, 2022 yang diterbitkan DOSM, pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai situasi gaji dan upah mengikut strata, Mohd Uzir berkata purata bulanan bagi kawasan bandar dan luar bandar merekodkan peningkatan kepada RM3,351 bagi kawasan bandar dan RM2,393 bagi kawasan luar bandar berbanding tahun 2021.

Sementara itu, Putrajaya merekodkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi iaitu pada RM4,666.

\”Selain itu, empat negeri lain juga melebihi paras purata nasional pada RM3,212, iaitu Kuala Lumpur (RM4,207), Selangor (RM3,737), Labuan (RM3,418) dan Pulau Pinang (RM3,313),\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...