Home Perniagaan Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia tahun lalu
Perniagaan

Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia tahun lalu

Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia tahun lalu

Foto RTM

GEORGE TOWN, 15 Mac -Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia, menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pertumbuhan luar biasa tersebut didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion atau 85.81 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan negeri itu dalam tempoh berkenaan.

Katanya, menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), negeri berkenaan berjaya mencatat pelaburan sebanyak RM13.67 bilion dan mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis penghargaan syarikat yang terlibat dalam Pusat Inovasi Teknologi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (NTIC) Centre of Excellence (CoE) di Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai program CoE, NTIC Pulau Pinang, Kon Yeow berkata 12 penyedia CoE NTIC telah dilantik sejak pelancaran program tersebut pada Mei lepas dan mencatatkan pelaburan RM73.67 juta.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...