Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Public Bank sekat lebih 3 juta transaksi mencurigakan
Perniagaan

Public Bank sekat lebih 3 juta transaksi mencurigakan

Public Bank sekat lebih 3 juta transaksi mencurigakan

Dr Tay Ah Lek

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Public Bank berjaya menyekat lebih 3 juta transaksi mencurigakan yang menjurus kepada aktiviti penipuan atau \’scam\’ dalam talian, setakat akhir Mei lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutifnya, Tan Sri Dr Tay Ah Lek berkata, aktiviti itu dikesan menerusi pangkalan data \’Akaun Mule Disenarai Hitam\’ yang dikendalikan oleh bank berkenaan.

AkaunKeldai atau \’Akaun Mule\’ adalah individu yang berfungsi sebagai perantara bagi penjenayah dan organisasi jenayah.

Tambah Ah Lek, sejak tempoh \’bertenang urus niaga\’ diperkenalkan, lebih 400 urus niaga pelanggan bernilai RM2 juta berjaya dihalang daripada ditipu

\”3.2 juta transaksi mencurigakan berjumlah kira-kira RM1.6 bilion telah dihalang melibatkan satu juta akaun pelanggan,\” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PB Scam Rangers di sini.

PB Scam Rangers diperkenalkan bagi mengukuhkan usaha pencegahan penipuan.

Ia yang ditempatkan di beberapa cawangan Public Bank terpilih turut akan menjelajah ke serata negara untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi trend \’scam\’ terkini.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...