Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan PROTON rekod jualan 10,999 unit pada Jun
Perniagaan

PROTON rekod jualan 10,999 unit pada Jun

PROTON rekod jualan 10,999 unit pada Jun

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah / Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pengeluar kereta nasional Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) merekodkan jualan 10,999 unit pada Jun, melibatkan jualan domestik dan eksport sekali gus mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata jumlah jualan bagi bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama dua minggu bagi peningkatan operasi berjadual.

Beliau berkata, enam bulan pertama 2024 merupakan tempoh konsolidasi pihaknya.

\”Walaupun penutupan kilang memberi kesan jangka pendek terhadap jumlah jualan, kecekapan pihaknya akan membantu mengejar volum pada separuh kedua tahun ini,\” katanya menerusi kenyataan.

Proton X50 juga katanya kembali ke tangga teratas kelas SUV segmen-B selepas model baharu dilancarkan.

Jumlah pengeluaran kenderaan dijangka meningkat selepas peningkatan operasi berjadualnya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...