Home Perniagaan Prospek lebih baik Bursa Malaysia, memupuk persekitaran kondusif bagi IPO
Perniagaan

Prospek lebih baik Bursa Malaysia, memupuk persekitaran kondusif bagi IPO

Prospek lebih baik Bursa Malaysia, memupuk persekitaran kondusif bagi IPO

Prospek yang lebih baik untuk Bursa Malaysia tahun ini akan memupuk persekitaran lebih kondusif untuk tawaran awam permulaan (IPO) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 April – Prospek yang lebih baik untuk Bursa Malaysia tahun ini akan memupuk persekitaran lebih kondusif untuk tawaran awam permulaan (IPO).

Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata indeks barometer dijangka menunjukkan prestasi positif tahun ini.

Beliau berkata pasaran saham di Malaysia menunjukkan trajektori positif pada suku pertama 2024.

Faktor utama lain yang mendorong pertumbuhan itu katanya termasuk penilaian yang menarik, hasil dividen tinggi dan penyusutan nilai ringgit yang menarik pelaburan tambahan.

Meskipun pasaran menyederhana pada suku pertama, Sedek berkata Malaysia dan Indonesia kekal sebagai destinasi utama bagi penerbit IPO di rantau ini.

Katanya, langkah mempercepatkan sehingga tiga bulan bagi permohonan baharu mulai 1 Mac bagi pasaran utama dan ACE juga dilihat memberi kesan positif pelbagai bidang.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...