Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Prospek ekonomi Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik kekal positif
Perniagaan

Prospek ekonomi Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik kekal positif

Prospek ekonomi Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik kekal positif

Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia; WEF kali ke-54 diadakan di Davos, Switzerland / AFP

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Prospek ekonomi Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik dijangka kekal positif tahun ini.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi oleh Forum Ekonomi Dunia, majoriti responden mengunjurkan sekurang-kurangnya pertumbuhan yang sederhana bagi rantau itu bagi tahun 2024.

Disebalik ramalan positif itu, 56 peratus menjangkakan ekonomi global kekal mengalami kelembapan.

Manakala 43 peratus meramalkan keadaan tidak berubah atau lebih kukuh.

Tinjauan dijalankan pada November hingga Disember tahun lalu turut mendapati, 79 peratus ketua ekonomi memberi amaran mengenai peningkatan tekanan fiskal, serta jurang antara ekonomi berpendapatan tinggi dan rendah.

Dua pertiga daripada responden menjangkakan dasar perindustrian akan menggalakkan kemunculan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu dan industri baharu yang penting.

Laporan itu diterbitkan sempena Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia; WEF kali ke-54 diDavos, Switzerland.

Bertemakan \’Membina Semula Kepercayaan\’, mesyuarat berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...