Home Perniagaan Proses sijil dan notifikasi hak lebih mudah dengan CR2U
Perniagaan

Proses sijil dan notifikasi hak lebih mudah dengan CR2U

Proses sijil dan notifikasi hak lebih mudah dengan CR2U

FOTO RTM

PETALING JAYA, 20 Disember – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperkenal inisiatif terbaharu iaitu Copyright to You (CR2U) untuk mempercepatkan proses pensijilan dan notifikasi hak

Pengerusinya, Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain berkata usaha itu untuk merangsang pertumbuhan industri kreatif di Malaysia.

Kata Mohd Zuhan, melalui inisiatif berkenaan, pemilik hak cipta akan mendapat perlindungan dengan lebih cepat dan efisien.

\”Sebelum ini proses mengambil masa tiga hingga enam bulan dan dengan aplikasi CR2U akan mengeluarkan sijil dan notifikasi dalam tempoh 30 minit\”, katanya di sini.

Tambah Mohd Zuhan, CR2U adalah satu langkah proaktif MyIPO untuk membawa perubahan positif dalam dunia hak cipta di Malaysia.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...