Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Program Tarif Elektrik Hijau diteruskan tahun depan
Perniagaan

Program Tarif Elektrik Hijau diteruskan tahun depan

Program Tarif Elektrik Hijau diteruskan tahun depan

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Disember – Program Tarif Elektrik Hijau (GET) yang menawarkan bekalan elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) akan diteruskan pelaksanaannya tahun depan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) memaklumkan ianya antara komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong aspirasi negara ke arah negara neutral karbon pada 2050.

\”Untuk tujuan penambahbaikan, kementerian akan meneliti semula pelaksanaan serta kaedah pengoperasian program. Ini termasuk mengkaji semula kadar premium yang ditetapkan, agar lebih kompetitif dan menarik,\” kata KPTDGA menerusi kenyataan.

Selain itu, KPTDGA turut akan meneliti kaedah penawaran GET untuk membenarkan tempoh langganan yang lebih panjang.

Perincian lanjut akan dimaklumkan kementerian dalam masa terdekat setelah kajian dan penelitian semula selesai dijalankan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...