Home Perniagaan Prestasi semasa ringgit tidak cermin prospek positif ekonomi negara – Gabenor BNM
Perniagaan

Prestasi semasa ringgit tidak cermin prospek positif ekonomi negara – Gabenor BNM

Prestasi semasa ringgit tidak cermin prospek positif ekonomi negara – Gabenor BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan bahawa paras ringgit pada masa ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata prestasi ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

“Antara faktor tersebut termasuklah pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rasheed berkata pertumbuhan tahun ini akan didorong oleh permintaan luaran yang bertambah baik dan perbelanjaan kukuh dalam negeri.

Menurutnya unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

“Bagi Malaysia, eksport mencatatkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat 2023. Malah, eksport bulan Januari 2024 yang diumumkan baru-baru ini juga positif (+8.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata sektor pelancongan juga telah pulih dengan kukuh dan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras sebelum pandemik iaitu 26 juta.

“Momentum pelaburan juga meningkat berikutan pelaksanaan projek yang telah diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Susulan perkembangan positif ini bersama-sama dengan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan di negara-negara maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan menambah nilai pada tahun ini,” katanya.

Pada 5.15 petang, ringgit berada pada 4.7970/8015 berbanding dolar AS.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...