Sunday , 10 November 2024
Home Perniagaan Prestasi ekonomi Sarawak memberansangkan tiga bulan pertama 2024
Perniagaan

Prestasi ekonomi Sarawak memberansangkan tiga bulan pertama 2024

Prestasi ekonomi Sarawak memberansangkan tiga bulan pertama 2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto Sarawakku

KUCHING, 16 Mei – Sarawak mengutip pendapatan RM4.798 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata, unjuran sebanyak 38 peratus itu disifatkan amat baik sekali daripada unjuran hasil Sarawak sebanyak RM12.749 bilion.

Menurut beliau, Sarawak berupaya mencorak ekonominya tersendiri sekali gus memberi peluang untuk menentukan hala tuju pembangunan negeri.

\”Hasil pendapatan tersebut memberi keyakinan bahawa unjuran hasil negeri bagi tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas berikutan unjuran peningkatan kutipan hasil negeri, yang dijangka melebihi angka tahun lepas yang berjumlah RM13.3 bilion,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Backbenchers Night di sebuah hotel di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak turut mengumumkan tambahan elaun persidangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak yang menghadiri persidangan DUN daripada RM50 ringgit ke RM450 sehari.

Tambahnya, peningkatan ini adalah setara dengan Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan Dewan Rakyat dan mendapat elaun RM400 sehari.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...