Home Perniagaan Pos Malaysia optimis catat keputusan kewangan lebih baik masa hadapan
Perniagaan

Pos Malaysia optimis catat keputusan kewangan lebih baik masa hadapan

Pos Malaysia optimis catat keputusan kewangan lebih baik masa hadapan

Pos Malaysia Bhd secara berhati-hati optimis untuk menyampaikan keputusan yang lebih baik pada masa hadapan dengan menempatkan asasnya bagi pertumbuhan dan transformasi yang berterusan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 April – Pos Malaysia Bhd secara berhati-hati optimis untuk menyampaikan keputusan yang lebih baik pada masa hadapan dengan menempatkan asasnya bagi pertumbuhan dan transformasi yang berterusan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata penyedia perkhidmatan kurier nasional itu menyasarkan pengoptimuman sumber, mengurangkan risiko yang berkaitan dengan trend penurunan jumlah mel, mengewangkan aset serta mengitar semula modal untuk menyokong pertumbuhan dan transformasi selanjutnya.

“Pada masa depan, kami akan mengekalkan segenap fokus untuk meningkatkan prestasi kewangan dan transformasi perniagaan dan budaya, mengoptimumkan inisiatif yang diterajui margin, melaksanakan kawalan kos yang lebih ketat, dan meningkatkan langkah kemampanan,” katanya dalam Laporan Tahunan Pos Malaysia 2023.

Tambah Syed Faisal Albar, Pos Malaysia telah beralih secara progresif daripada imejnya sebagai “syarikat mel yang turut menghantar bungkusan” ke arah “syarikat bungkusan yang turut menghantar mel”, memfokuskan kepada pelaksanaan pelan transformasi tiga fasa yang direka untuk mencipta kemampanan jangka panjang dan nilai.

Pos Malaysia Bhd berjaya mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM157.85 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 daripada RM167.67 juta setahun sebelumnya walaupun terdapat pengurangan dalam hasil.

Hasil juga lebih rendah kepada RM1.87 bilion berbanding RM1.96 bilion pada 2022.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...