Home Perniagaan Polisi semasa kerajaan, beri keyakinan kepada pelabur asing
Perniagaan

Polisi semasa kerajaan, beri keyakinan kepada pelabur asing

Polisi semasa kerajaan, beri keyakinan kepada pelabur asing

Tengku Datuk Seri Zafrul ketika menghadiri Majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023

Kuala Lumpur, 25 Julai- Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi serta petunjuk pertumbuhan positif ketika ini, mendorong pembelian asing ekuiti Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, TengkuDatuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.

\”Salah satu sebab pasaran saham naik, ia menunjukkan keyakinan pelabur kita dalam jangka masa panjang ini ataupun jangka masa sederhana juga, dan menunjukkan bahawa polisi-polisi dasaryang telah kita lakukan setakat ini adalah tepat.

\”Pada masa sama menunjukkan bahawa limpahan ekonomi itu kalau dilaksanakan dengan betul akan dapat dinikmati oleh syarikat-syarikat kita juga dan akhirnya rakyat turut akan dapat menikmati limpahan ekonomi ini,\”katanya.

Beliau mengulas rencana kewanganBloomberg mengenai prestasi pasaran saham Malaysia yang kembali menarik kehadiran pelabur global.

Ia didorong pelaksanaan dasar kerajaan terutamanya dalam melonjakkan pelaburan berkaitan industri semikonduktor dan pusat data kecerdasan buatan (AI).

Tengku Datuk Seri Zafrul bercakap selepas Majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...