Tuesday , 24 December 2024
Home Perniagaan Pinjaman mudah RM103.54 juta diluluskan untuk automasi dan pemodenan syarikat
Perniagaan

Pinjaman mudah RM103.54 juta diluluskan untuk automasi dan pemodenan syarikat

Pinjaman mudah RM103.54 juta diluluskan untuk automasi dan pemodenan syarikat

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua dari kanan) ketika menghadiri Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023, di ibu negara

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) telah meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM103.54 juta untuk tujuan automasi dan pemodenan 29 syarikat sehingga Jun 2024.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pinjaman mudah ini mencerminkan pendirian kerajaan dalam memberi insentif untuk melaksanakan pengilangan pintar.

Menurutnya, daripada segi bakat, teknologi baharu itu memerlukan pekerja yang mempunyai set kemahiran yang betul dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan saluran bakat yang mantap.

\”Kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan
amat bergantung pada pembangunan kumpulan tenaga kerja yang betul berkaitan industri untuk memastikan perniagaan seperti anda, benar-benar dapat memanfaatkan teknologi IR4.0 bagi
pertumbuhan mampan pada masa akan datang,\”katanya.

Tambahnya, Malaysia berhasrat untuk menjadi hab pembuatan pintar di rantau ini, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu ,NIMP 2030.

Salah satu projek berasaskan misinya ialah membangunkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya pada Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023, di ibu negara.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...