Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Petronas komited capai sasaran, kekal tingkat pengeluaran minyak dan gas
Perniagaan

Petronas komited capai sasaran, kekal tingkat pengeluaran minyak dan gas

Petronas komited capai sasaran, kekal tingkat pengeluaran minyak dan gas

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited untuk mencapai sasaran mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia menjelang tiga tahun akan datang / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited untuk mencapai sasaran mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia menjelang tiga tahun akan datang.

Ini dijangka membuka peluang kepada pembekal Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) merentasi penerokaan, pembangunan dan pengeluaran.

Menerusi kenyataan, syarikat minyak dan gas itu sedar tenaga perlu dihasilkan dengan cara yang berpatutan dan mampan bagi memenuhi permintaan tenaga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Bagi memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan kemampanan bekalan minyak dan gas, purata kira-kira 300 Rancangan Penambahbaikan Fasiliti (FIP) akan dilaksanakan setiap tahun untuk tiga tahun akan datang.

Ini termasuk projek pembaharuan, gas turbin dan aktiviti penukaran penjana gas serta kerja-kerja penyelenggaraan utama lain yang penting dalam mengurangkan kesesakan, memaksimumkan kapasiti hab dan membendung aktiviti pembakaran.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...