Home Perniagaan Petronas, Enilive dan Euglena bangunkan loji penapis biologi di PIC Pengerang
Perniagaan

Petronas, Enilive dan Euglena bangunkan loji penapis biologi di PIC Pengerang

Petronas, Enilive dan Euglena bangunkan loji penapis biologi di PIC Pengerang

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Julai-Petronas bersama Enilive dan Euglena akan membangunkan loji penapis biologi di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) bagi pengoperasian menjelang separuh kedua 2028.

Sejajar itu, syarikat usaha sama akan ditubuhkan di Malaysia untuk membina dan menguruskan loji penapis biologi dengan Petronas Mobility Lestari dan Enilive sebagai pemegang saham terbesar.

Menerusi kenyataan bersama, ketiga-tiga pihak memaklumkan loji penapis biologi itu akan menghasilkan bahan api penerbangan mampan dan biobahan api lain.

Ia bagi memenuhi permintaan industri penerbangan dan pengangkutan global dengan memanfaatkan kepakaran setiap rakan kongsi.

Pembinaan loji dijangka bermula suku keempat 2024 dengan keupayaan memproses kira-kira 650,000 tan bahan mentah setiap tahun.

Pencapaian penting itu akan mengukuhkan kedudukan syarikat minyak dan gas negara dalam rantaian nilai biobahan api, di luar daripada perdagangan.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...