Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil dan konsisten – Rafizi
Perniagaan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil dan konsisten – Rafizi

Pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil dan konsisten – Rafizi

Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 22 November – Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil dan konsisten hasil daripada tata kelola yang baik daripadai segi perancangan, pelaksanaan serta pengagihan tugas kepada setiap kementerian yang diberi mandat dan tanggungjawab memulihkan ekonomi negara.

Selain Kementerian Ekonomi dan Kewangan, peranan itu antaranya turut digalas Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta semua kementerian berkaitan.

Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli berkata, pengagihan tugas secara berstruktur itu secara tidak langsung dapat memastikan setiap kementerian dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan lebih telus dan berkesan.

Sekali gus, membantu kelancaran proses pemulihan ekonomi negara dari semasa ke semasa.

\”Ini kali pertama sejak bertahun-tahun dan kita menyaksikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara dari satu suku ke, satu suku berlaku dalam tiga suku berturut-turut yang tidak pernah berlaku.

\”Kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji lebih tinggi daripada sebelum ini, pertumbuhan ekonomi momentum baik, inflasi paling rendah. Jadi di bahagian mana, Pagoh yang kata bahawa rakyat tidak ada keyakinan sedangkan kita lihat sedikit demi sedikit keyakinan itu telah pulih, termasuklah juga dengan kemasukan pelaburan-pelaburan,\” kata Rafizi di Dewan Rakyat.

Pada sesi sama, Rafizi berkata mekanisme pengasingan bidang kuasa dan tugas antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bertujuan memastikan amalan semak dan imbang dilaksana dallam kelulusan projek-projek Perbelanjaan Pembangunan (DE).

Tanggungjawab dalam aspek kelulusan projek-projek DE termasuk urusan penapisan kos dan siling peruntukan tertakluk dibawah bidang kuasaKementerian Ekonomi.

Manakala, Kementerian Kewangan bertanggungjawab dalam urusan perolehan serta penyediaan aliran tunai tahunan berdasarkan kelulusan yang telah diberikan Unit Perancang Ekonomi yang KINI diletakkan bawah Kementerian Ekonomi.

Penyusunan semula bidang kuasa kementerian itu dibuat bagi menjamin semua urusan aliran tunai, kutipan cukai, perolehan, dan perbelanjaan khususnya untuk proses pembangunan negara ditadbir secara telus dan berintegriti.

\”Jadi kalau dikatakan bagaimana kita mahu merungkai dan memulihkan ekonomi, ini bukan tugas kementerian atau Menteri Kewangan semata-mata. Ini tugas bersama-sama semua jemaah menteri yang ada kerana bidang kuasa mengenai reformasi pasaran buruh adalah berkaitan dengan Kementerian Ekonomi dan juga dengan Kementerian Sumber Manusia yang berkaitan dengan memastikan industri kita ini naik ke tahap lebih baik adalah Menteri MITI contohnya.

\”Untuk memastikan ada bidang-bidang baru yang boleh menjadi enjin pertumbuhan baru, itu termasuk bidang kuasa di bawah Kementerian Ekonomi, bawah NRECC, bawah KKD dan yang lain-lain kerana sebenarnya bidang kuasa Menteri Kewangan adalah untuk menguruskan soal fiskal,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...