LANGKAWI, 29 Februari – Pertambahan kekerapan perkhidmatan feri ke Langkawi khususnya dari Thailand, berpotensi meningkatkan jumlah pengunjung ke pulau tersebut.
Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (ASEAN) Tourism Malaysia, Mohd Shahrir Mohd Ali berkata ia mengambil kira faktor Langkawi yang berdekatan dengan kepulauan di selatan Thailand.
\”Jadi kita merancang mungkin kerjasama dengan Thailand, seperti kemasukan pelancong dari Phuket dan Krabi untuk turut datang ke Langkawi. Sebelum ini juga ada perkhidmatan feri dari Satun ke Langkawi dan diharapkan kekerapan feri ini boleh ditambah.,\” katanya ketika ditemui pemberita di Routes Asia 2024, di sini.
Dalam pada itu, Mohd Shahrir berkata inisiatif geran padanan penerbangan sewaan diharap mampu menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan membawa penumpang ke Malaysia khususnya dari China dan India.
Tahun ini, Tourism Malaysia menyasarkan kemasukan pelancong China sehingga lima juta daripada sasaran keseluruhan 27.3 juta.