Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Perodua semak sasaran pengeluaran dan jualan, momentum permintaan memberangsangkan
Perniagaan

Perodua semak sasaran pengeluaran dan jualan, momentum permintaan memberangsangkan

Perodua semak sasaran pengeluaran dan jualan, momentum permintaan memberangsangkan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 November – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyemak semula sasaran jualannya tahun ini kepada 325,000 unit kenderaan berbanding sasaran awal, 314,000 unit.

Jumlah sasaran pengeluaran juga dinaikkan kepada 338,000 unit daripada sasaran 330,000 unit yang ditetapkan Januari lalu.

\”Tindakan itu didorong bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif selain permintaan yang memberangsangkan.

\”Syarikat mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi bulan ini, iaitu masing-masing sebanyak 35,111 unit dan 33,836 unit dalam tempoh sebulan,\” kata Perodua menerusi kenyataan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata meskipun terdapat isu ketersediaan bekalan cip semikonduktor untuk tempoh jangka panjang, ia dapat diatasi syarikat pengeluar kereta berkenaan.

\”Justeru, suku keempat tahun ini dijangka mencatat prestasi yang terbaik dalam sejarah Perodua,\” kata Zainal Abidin menerusi kenyataan yang sama.

Tambah Zainal Abidin, pada masa ini syarikat kekal fokus untuk memaksimumkan potensi dalam aspek pengeluaran dan jualan bagi mempercepatkan proses penerimaan kereta kepada pelanggan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...