Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Permintaan sederhana dorong ringgit dibuka tinggi
Perniagaan

Permintaan sederhana dorong ringgit dibuka tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 September- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap mata wang tempatan.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6925/6970 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6940/6980.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan ringgit boleh diramal kerana mata wang tempatan berada dalam kedudukan terlebih jual dari sudut teknikal.

“Tetapi sama ada peningkatan sedikit itu dapat dikekalkan masih tidak dapat dilihat berikutan kebimbangan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan memutuskan hala tuju kadar faedah AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1766/1799 daripada 3.1776/1806 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0139/0187 daripada 5.0160/0203 tetapi rendah sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8135/8191 daripada 5.8126/8175 semalam.

Pada masa sama, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4385/4420 daripada 3.4436/4468 dan mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0037/0208 daripada 13.0563/0718 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 305.0/305.5 daripada 305.1/305.6 pada Selasa dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.27/8.28 semalam.- Livevartha


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...