Home Perniagaan Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024- IATA
Perniagaan

Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024- IATA

Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024- IATA

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Industri penerbangan global bermula dengan kukuh pada 2024 walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dengan permintaan penumpang global Januari menunjukkan peningkatan 16.6 peratus.

Menerusi satu kenyataan, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang mengukur jumlah permintaan berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.

“Jumlah kapasiti, diukur dalam kilometer tempat duduk tersedia, melonjak 14.1 peratus; dan faktor beban ialah 79.9 peratus (naik 1.7 mata),” katanya.

Bagi pasaran penumpang antarabangsa, kapasiti meningkat 20.9 peratus dan faktor muatan kekal pada 79.7 peratus pada Januari 2024, katanya.

Bagi pasaran penumpang domestik, kapasiti meningkat 4.6 peratus dan faktor muatan ialah 80.2 peratus (naik 4.2 mata).

Mengenai syarikat penerbangan di Asia-Pasifik, IATA berkata trafik antarabangsa pada Januari 2024 menyaksikan 45.4 peratus peningkatan tahun ke tahun, meneruskan pemulihan di rantau ini selepas sekatan perjalanan ditamatkan.

Ia berkata kapasiti meningkat 48.1 peratus tetapi faktor beban turun sebanyak 1.5 mata peratusan kepada 82.6 peratus.

“Kadar pertumbuhan yang kukuh ini sebahagian besarnya disebabkan oleh China kerana menamatkan sekatan perjalanan COVID-19 pada Januari 2023.

“Laluan antarabangsa utama ke/dari Asia Pasifik masih belum pulih tetapi laluan seperti Asia-Timur Tengah telah melebihi tahap sebelum pandemik,” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...