Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus bulan lalu- IATA
Perniagaan

Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus bulan lalu- IATA

Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus bulan lalu- IATA

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

IATA menerusi satu kenyataan memaklumkan, jumlah kapasiti, yang diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menokok 12.3 peratus tahun ke tahun.

“Faktor muatan Mac adalah 82.0 peratus (+1.0 mata peratusan berbanding Mac 2023), manakala permintaan antarabangsa meningkat 18.9 peratus berbanding Mac 2023.

\”Kapasiti meningkat 18.8 peratus tahun ke tahun dan faktor beban bertambah baik kepada 81.6 peratus (+0.1 mata peratusan pada Mac 2023),\” kata IATA .

Ia berkata permintaan domestik meningkat 6.6 peratus berbanding Mac 2023; kapasiti meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun dan faktor beban ialah 82.6 peratus (+2.5 mata peratusan berbanding Mac 2023).

Sementara itu, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata permintaan perjalanan udara adalah kukuh dan terdapat petunjuk ia dijangka tinggi pada musim panas Hemisfera Utara.

\”Kita mesti mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk penumpang,\” kata Walsh.

Beliau berkata walaupun syarikat penerbangan sudah bersedia untuk menyediakan bantuan kepada pelanggan apabila timbul isu berkaitan operasi, penumpang bosan kerana perlu menanggung kos apabila berlaku kelewatan dan pembatalan akibat kelemahan untuk melakukan persediaan di bahagian lain rantaian nilai itu.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...